Rabu, 27 Jun 2007

indahnya tuhan..



tuhan..
kau ciptakan matanya,
sinar yang sering aku rindui,
pancaran gemilau bagai kali,
jernihnya mengalir si mutiara mata,

tuhan,
kau ciptakan bibirnya,
tak pernah merekah oleh debu kotor,
malah basah dengan kalimahmu,
merah dengan buih doa padamu.

tuhan,
kau ciptakan hatinya,
wangi bagai bunga,
terpelihara.

tuhan,
kau cipatakan cinta,
kau ciptakan dia,
kau ciptakan alam maya.

tuhan,
kau ciptakan kejauhan,
agar aku mengerti apa tu kerinduan,

tuhan,
kau ciptakan pengertian,
agar aku bisa faham,
apa itu keserasian,

tuhan,
andai bisa aku minta,
biarlah dia saja,
tiada yang lain,
hanya dia.


27 june 2007 / 11.40 pm

LAUT KITA


ketika ombak membadai laut kita,
aku bagai batuan didasarnya,
deru yang menghempas,
badai yang memusnah,
umpama kekuatan yang diuji stamina.

ketika ombak membadai laut kita,
kau kulihat bagai pepasir,
menurut hala arusnya,
kembali dan pergi,
ke mana arahmu dibawa.

ketika ombak membadai laut kita,
ombak yang tidak mengenal belas itu ku tuba,
biar hancur bercerakkan,
biar luluh badai menghentam permukaan,
takkan ku biar laut ini musnah,
membawa pergi pepasir kembali ke daratan.

ketika ombak membadai laut kita,
kapal yang tenguh tak mampu dibela,
ketika angin bayu yang kini kian ganas,
bersama memusnah haluan kita.

ketika ombak membadai laut kita,
harapan dan impian hanya kapal lama,
tak bisa berlayar,
tidak juga menampung muatannya.

27 jun 2007

Selasa, 26 Jun 2007

Ibu tua dan ramadhan..

Ketika duduk dikerusi masa,
Menanti batas-batas usia usang,
Suatu yang tak pernah hampa,
Kehadiran disambut dengan gembira,
Gadis berselendang putih kelihatan lagi, Membawa helaian daunan kerahmatan,
Memikul sejuta reranting keberkatan,
Bersama malam seribu bulan,
Menjadi kerongsang hiasan,
bukan tiruan,

Langkah gadis diteruskan lagi,
Dengan laungan azan isyak,
Diikuti tarawih dan witir,
Kesyahduan dan kesayuan bergema,
Tidak mungkin boleh ditandingi,
Kehadirannya disyukuri ibu tua,
Sujud ikhlas kepada ilahi,
Memohon ajal tidak mengintai usia,
Gadis terus dating dan terus dinanti,
Disambut dengan penantian yang tak pernah sudah,

Dan kini,
Tiba masanya yang pergi harus kembali,
Namun yang kembali belum tentu akan terus ke sini,
Bagai merpati yang datang,
Hinggap dan berlalu pergi,
Begitu juga gadis yang dating menziarahi,
Pergi bersama kenangan,
Berlalu membawa tangisan dan kerinduan…

Isnin, 25 Jun 2007


Bumi bertuah..

Renungi kali ini,
Bersama melihat rerumput kering,
Pepucuk yang kian menguning,
Menjadi warna yang paling indah,
Penyeri bumi yang tinggal tuah,

Ketika langit tidak menjelir,
Lautan mengalir darah kotor,
Asap dan debu dikira angin dingin,
Bumi tetap mengejar bulatan kuning,

Ketika awan tidak lagi hitam,
Pepohon hanya tinggal makam,
Hidup tak beerti, mati tak berganti,
Penghujung jalan yang paling ngeri,

Mungkinkan terus begini,
Akar berisi terus mengurus,
Dedaun bermaya tidak terurus,
Tinggalkan batangnya semakin kering,

Siramlah,
Siramkan dengan jujur dan tabah,
Pelihara bumi indah dan bertuah,
Bajakan dengan senyum dan belailah,
Bumi bertuah, bumi terindah..


Rabu, 9 Mei 2007

wahai diri

Wahai diri..

Wahai diri,
Senja kian nampak kini,
Terpaku bersama bayang-banyang gelap,
Terpukau dengan cahaya yang malap,

Wahai diri,
Bangunlah dari lenamu,
Lupakan fikiran bercelaru,
Biarkan kegelapan bersuluh cahaya,
Bernaungkan sinar yang biru-unggu,

Wahai diri,
Yakinlah dengan nyawamu,
Dengan jasad yang sentiasa menemani,
Agar langkah tidak sumbang,
Senyuman mula bertandang,
Kejayaan datang, tanpa segan silu,

Wahai diri,
Sesungguhnya kau belum terlambat,
Melangkahlah dengan cepat,
Jangan biar dirimu lewat,
Mengejar apa yang cuba kau dapat,
Permata utama atau gunung emas berlipat-lipat,

Wahai diri,
Biarlah senyum yang kau berikan,
Tetap mekar hingga hari ini,
Menjadi semangat dan kekuatan,
Menyemai benih bkeberanian,
Membela masa hadapan.


AISYAH SAAD