Sabtu, 17 Jun 2017

 
Sayang mak, 
Ku junjung kaki mak dikepala ku, 
Rasa ingin saja aku temani mak ke mana saja mak pergi, 
Pendam hati tidak dapat di bendung, 
Berat di dada tersekat di dalam,

Terima kasih mak, 
Kerana telah membesarkan kami dengan penuh sempurna, 
Tak pernah sekali mak mengeluh dan menangisi kehadiran kami, 
Malah mak bangga melahirkan kami ke dunia ini,

Terima kasih mak, 
Untuk sebuah hayat, 
Harus diteruskan sampai masanya kami menurut mak nanti, 
Setiap urat saraf mak menjadi saksi, 
Kamilah anak-anak yang mak lahirkan ke dunia ini, 

Terima kasih mak, 
Kerana kenangan yang sangat bererti, 
Kelibat mak menyambut kami, 
Melambai kami, 
Tangisan air mata mak ketika berjauhan dengan kami, 
Air tangan mak yang takut kami kelaparan, 
Kudrat mak melayani kemalasan kami, 

Terima kasih mak, 
Atas pesanan wasiat dunia dan akhirat buat kami, 
Pesan mak sayang anak-anak mak, 
Mak beruntung semua anak-anak mak dapat jaga mak, 
Pesan mak untuk kami menjaga ayah untuk mak, 
Tersemat di kalbu yang paling dalam, 

Terima kasih mak, 
Cukuplah segala kepenatan mak mengurus kami, 
Dari merah bayi hingga bermenantu dan bercucu mak masih pedulikan kami, 
Makan, minum, pakai mak sibuk mengira, 
Walau kami sudah punya wang dan tanggunggan sendiri, 

Tenanglah mak bersama amal dan doa, 
Yang tidak akan putus-putus menjadi teman mak, 
Janganlah mak takut kerana doa kami akan sentiasa mengiringi mak, 
Sebagai penganti diri kami seperti sepanjang kami menjaga mak, 

Al fatihah buat mak, 
CHE NU B
Al fatihah buat mak, 
Che nu binti abdul ghani, 

Khamis, 8 Jun 2017

Untuk cinta, jangan pernah memaksa sesiapa pun untuk terima kelemahan atau kekurangan kita. Kerana kadang kala, bila dah benci permata pun dilihat seakan kaca.  Bukan juga kerana tidak mahu berubah atau ingin selamat, jadilah diri sendiri dan biarlah orang lain terima kita sebagai diri kita di samping cuba memperbaiki diri daripada apa juga kelemahan itu. 

Untuk rindu, rindulah sesiapa saja. Meskipun musuh yang pernah menikam belati tajam. Kerana dialah yang boleh menjadi pengajaran buat kita. 

Untuk sayang, sayangi sesiapa saja. Kerana perasaan itu dicipta untuk semua. Sesiapa sahaja berhak disayangi. Apabila sayangkan seseorang, sebenarnya kita juga sedang menyayangi diri kita. 
Salahkah menjadi bahagia? 

aisyahms

Selasa, 6 Jun 2017

Rindu terbawa dalam mimpi..

Kau katakan rindu terbawa dalam mimpi,
Mimpi manakah yang hadirnya aku?
Rindu yang mana satu kau ungkapkan?
Rindu ketika aku sudah tidak ada lagi buatmu,
Atau rindu ketika kata-kata mu dipenuhi cemuhan.

Aku masih lagi bertahan dengan tongkat hikmat di tangan,
Menuruni tangga-tangga kenangan yang membelenggu nafasku,
Pun jiwa yang telah terganggu aku bawa sekali menuruni lurah ini,
Buat pengajaran dan pedoman hati.

Rindu yang terbawa dalam mimpi,
Menyedarkan aku bahawa aku tidak sepentingnya bagi mu,
Tiada ungkapan yang boleh di luahkan berbanding rindu dalam mimpi mu,
Kerana aku hanya serpihan masa yang terbuang dalam hidup mu.
Kerana aku hanyalah debu yang hinggap di bahu mu.

http://aisyahms.blogspot.com/

Khamis, 1 Jun 2017

mawar berduri

Mawar berduri..


ketika mawar berduri menusuk jari,

tiada siapa memandang duri yang menyakiti,

malah tangan yang berdarah akan ditawari,

duri yang menusuk dikata dan dibenci.


ketika mawar berduri menusuk jari,

duri yang patah tidak pernah dipeduli,

biar reput di mamah bumi,

biar mati di telan mentari.


ketika mawar berduri menusuk jari,

mawar dan wangi masih dipuji,

biar duri dan mawar serasi,

buruk dan si cantik seri.


ketika mawar berduri menusuk jari,

batang yang berduri ditolak tepi,

tidak bermakna dan diperlu lagi,

hanya air mata menemani...

semuanya di bawa..

kepercayaan, keyakinan, keikhlasan, kejujuran, kasih sayang,