Sayang mak, Ku junjung kaki mak dikepala ku, Rasa ingin saja aku temani mak ke mana saja mak pergi, Pendam hati tidak dapat di bendung, Berat di dada tersekat di dalam, Terima kasih mak, Kerana telah membesarkan kami dengan penuh sempurna, Tak pernah sekali mak mengeluh dan menangisi kehadiran kami, Malah mak bangga melahirkan kami ke dunia ini, Terima kasih mak, Untuk sebuah hayat, Harus diteruskan sampai masanya kami menurut mak nanti, Setiap urat saraf mak menjadi saksi, Kamilah anak-anak yang mak lahirkan ke dunia ini, Terima kasih mak, Kerana kenangan yang sangat bererti, Kelibat mak menyambut kami, Melambai kami, Tangisan air mata mak ketika berjauhan dengan kami, Air tangan mak yang takut kami kelaparan, Kudrat mak melayani kemalasan kami, Terima kasih mak, Atas pesanan wasiat dunia dan akhirat buat kami, Pesan mak sayang anak-anak mak, Mak beruntung semua anak-anak mak dapat jaga mak, Pesan mak untuk kami menjaga ayah untuk mak, Tersemat di kalbu yang paling dalam, Terima kasih mak, Cukuplah segala kepenatan mak mengurus kami, Dari merah bayi hingga bermenantu dan bercucu mak masih pedulikan kami, Makan, minum, pakai mak sibuk mengira, Walau kami sudah punya wang dan tanggunggan sendiri, Tenanglah mak bersama amal dan doa, Yang tidak akan putus-putus menjadi teman mak, Janganlah mak takut kerana doa kami akan sentiasa mengiringi mak, Sebagai penganti diri kami seperti sepanjang kami menjaga mak, Al fatihah buat mak, CHE NU B Al fatihah buat mak, Che nu binti abdul ghani,
Sabtu, 17 Jun 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan