Untuk cinta, jangan pernah memaksa sesiapa pun untuk terima kelemahan atau kekurangan kita. Kerana kadang kala, bila dah benci permata pun dilihat seakan kaca. Bukan juga kerana tidak mahu berubah atau ingin selamat, jadilah diri sendiri dan biarlah orang lain terima kita sebagai diri kita di samping cuba memperbaiki diri daripada apa juga kelemahan itu. Untuk rindu, rindulah sesiapa saja. Meskipun musuh yang pernah menikam belati tajam. Kerana dialah yang boleh menjadi pengajaran buat kita. Untuk sayang, sayangi sesiapa saja. Kerana perasaan itu dicipta untuk semua. Sesiapa sahaja berhak disayangi. Apabila sayangkan seseorang, sebenarnya kita juga sedang menyayangi diri kita. Salahkah menjadi bahagia?
aisyahms
Tiada ulasan:
Catat Ulasan