Pesan ayah..
( Dinukilkan untuk memperingati Allahyarham
Tuan Haji Zubir bin Ali. 6. March. 2009)
Senyum..
Itulah yang selalu kau berikan,
Ketika anak ini bertatih-tatih berjalan,
Katamu teruskan, kau mampu lakukan,
Cari identiti di dada media penulisan,
Pena yang kering sesekali jangan.
Tawa..
Itulah wasiatmu yang masih kedengaran,
Sedia dalam apa juga dugaan,
Arus wawasan jangan pernah ketinggalan,
Mengejar cita dan juga impian.
Doa..
Harapan yang tidak pernah aku lupakan,
Padamu ayah dalam bidang penulisan,
Mengajarku dari pena ke perasaan,
Dari diri kepada rasa kenal tuhan.
Kepergianmu ke daerah keabadian,
Kerana di sana menjagamu lebih dari keduniaan,
Berehat untuk menanti saat kelahiran,
Destinasi yang tidak mengenal rasuah dan habuan.
Ketahuilah,
Setiap titis pena ini adalah doa buatmu,
Bagai ‘wadi’ Zam Zam
Tak akan pernah kering janjiku,
Biar mengalir menjadi air amalmu,
Takkan putus biar ditelan waktu.
SITI AISYAH BINTI MAT SAAD
RANAU, SABAH.
Selasa, 24 November 2009
terima kasih teman..
Terima kasih teman,
Kerana menemani aku,
Dalam gelita dan malap,
Kerana katamu aku takut pada gelap.
Terima kaish teman,
Kerana menghadiahkan aku harapan,
Untuk hidup 10 tahun lagi,
Bersama senyum dan tawa riangmu.
Terima kasih kerana sebuah persahabatan,
Yang tidak dapat aku mengertikan,
Tidak boleh aku tafsirkan,
Biarlah dia yang menjadi penentu.
Hakikatnya,
Kita merancang dan mengharap,
Biarlah segalanya halus seperti yang digarap,
Kerana doa mampu mengubah takdir,
Kerana keikhlasan mampu memukau waktu,
Agar kau tabah bersamaku,
Akan terus berada dihadapanku….
Siti Aisyah Binti Mat Saad
Ranau, Sabah.

Sabtu, 17 Oktober 2009
Jumaat, 16 Oktober 2009

CerpenBulan ini menampilkan Keris Emas di Teluk Bahara oleh Noor Huwaina Idris, Travelog Seorang Rakyat Malaysia oleh Muhammad Faisal Mat Zawi, Seekor Pipit, Sekuntum Bunga oleh Siti Aisyah Mat Saad, Hidayah Itu Milik-Nya oleh Jamilah Mohd. Norddin, dan Jus Soli Jus Sanguinis oleh Rebecca Ilham.
Rabu, 13 Mei 2009
mawar berduri
Mawar berduri..
ketika mawar berduri menusuk jari,
tiada siapa memandang duri yang menyakiti,
malah tangan yang berdarah akan ditawari,
duri yang menusuk dikata dan dibenci.
ketika mawar berduri menusuk jari,
duri yang patah tidak pernah dipeduli,
biar reput di mamah bumi,
biar mati di telan mentari.
ketika mawar berduri menusuk jari,
mawar dan wangi masih dipuji,
biar duri dan mawar serasi,
buruk dan si cantik seri.
ketika mawar berduri menusuk jari,
batang yang berduri ditolak tepi,
tidak bermakna dan diperlu lagi,
hanya air mata menemani...

Isnin, 16 Mac 2009
Jumaat, 6 Mac 2009
tuan hj. Zubir Ali meninggal dunia
Salam buat semua pembaca. semoga berada dalam lingkungan rahmat dan rahimnya. Tuan hj. Zubir Ali aku kenali sejak lama dulu. namun bersua dan menuntut ilmu daripada beliau sejak 2003. ketika berada di tahun pertama university malaya. beliau pensyarah paper asas penulisan puisi pada waktu tu.
seorang pensyarah, ahli falsafah yang aku kagumi. beliau juga adalah seorang penulis dan juga hamba Allah yang baik. beliau banyak memberikan aku semangat untuk menulis dan berkarya. sebelum mengenali beliau, aku merasakan bakat dan minat menulis hanya suatu yang biasa. namun setelah beliau berkali-kali menegaskan bahawa beliau sangat puas apabila bekerja dan juga menjalankan hobinya dalam satu masa. iaitu mengajar tentang penulisan.. puisi atau pun lirik. oleh itu beliau menunjukkan bahawa minat dan juga kerjaya boleh berjalan seiring. malah boleh berjalan dengan lebih baik lagi.
beliau banyak memberi dorongan kepada anak murid yang baru ingin menjejakkan kaki ke alam penulisan ini. pesannya " cari lah nama di sebalik dada media. teruskan berkarya. jangan berhenti. anda mempunyai bakat!". pada masa itu, aku hanya mampu menyorok di sebalik rekahan dinding dan batuan. bersembunyi dan hanya menulis jika ada mood dan masa. begitu juga sekarang. bagiku bidang penulisan bukanlah suatu yang apa-apa. namun ternyata angapan itu salah. penulisan dan juga karya adalah suatu kepuasan dan juga bakat semula jadi ciptaan kurniaan Allah. di samping kita berkongsi dengan para pembaca pengalaman dan juga diri kita sendiri.
betapa gembira hatinya apabila aku menghubungi beliau untuk memberitahu sajak ku telah diterbitkan ke dewan sastera.. kemudian majalah tunas cipta (majalah penulisan remaja), dan seterusnyaer cerpen ku memenangi hadiah sastera sabah 2006/2007. pada mulanya dia memaksa aku menghantar karya ke dewan sastera. akhirnya tersiar. aku kini bukan hanya boleh bersembuyi di balik DBP sabah dan gunung kinabalu sahaja. namun mula menulis merentasi lautan laut China selatan. dan kini aku masih berusaha untuk menulis walaupun beliau sudah tidak ada lagi di dunia fana ini. semuanya atas dorongan dan sokongan beliau pada aku agar menulis. malah dulu beliau pernah bertanya jika aku sangat lama tidak menulis. aku sangat malas dan penakut untuk menghantar karya ke mana-mana pada masa itu.
beliau sangat prihatin dan rapat dengan para pelajar. pernah suatu ketika, kelas asas penulisan puisi diadakan 2 hari sebelum hari raya puasa. apa yang lucunya..hanya aku dan seorang budak pendidikan yang hadir ke kelas beliau dan aku balik ke sabah pada malam hari raya kerana ingin menghadiri kelas beliau. mungkin sebab itu beliau selalu ingat dan percaya pada aku. aku dilantik menjadi ketua kelas beliau walaupun aku ketika itu masih pelajar tahun satu.
pagi ini. aku sangat terkejut apabila menerima sms dari number hp tuan hj zubir sendiri kata nya " salam. abah, hj zubir ali dh meninggal". ketika itu aku berada di dalam kelas. sedang mengajar subjek bahasa melayu tahun 5. terkedu aku seketika. murid2 yang khusyuk menyiapkan karangan fakta, aku tinggalkan sebentar dan menghubungi number itu sekali lagi untuk mengesahkan. segalanya benar dan tuan haji zubir ali telah meninggal pada pukul 10.30am pada 6/3/09. itulah ketentuan yang telah di tetapkan oleh Allah S.W.T. baru sahaja 2 atau 3 minggu lepas aku kirimkan buku pertama aku terbitan DBP sabah. antologi cerpen "di sebalik Cermin" sebagai tanda terima kasih atas sokongan dan tunjuk ajar beliau kepada aku. namun beliau sempat menerimanya apabila beliau memaklumkan bahawa buku itu telah sampai. aku hanya boleh berpuas hati bahawa beliau telah melihat dan mungkin sempat membaca antologi tersebut.
semoa roh tuan haji zubir ali akan aman dan diterima oleh Allah Swt dan terhindar daripada azab kubur. aku akan selalu mendoakan beliau dan keluarga agar mendapat hidayah dan penuh dengan kasih sayang.

Langgan:
Catatan (Atom)