Pesan ayah..
( Dinukilkan untuk memperingati Allahyarham
Tuan Haji Zubir bin Ali. 6. March. 2009)
Senyum..
Itulah yang selalu kau berikan,
Ketika anak ini bertatih-tatih berjalan,
Katamu teruskan, kau mampu lakukan,
Cari identiti di dada media penulisan,
Pena yang kering sesekali jangan.
Tawa..
Itulah wasiatmu yang masih kedengaran,
Sedia dalam apa juga dugaan,
Arus wawasan jangan pernah ketinggalan,
Mengejar cita dan juga impian.
Doa..
Harapan yang tidak pernah aku lupakan,
Padamu ayah dalam bidang penulisan,
Mengajarku dari pena ke perasaan,
Dari diri kepada rasa kenal tuhan.
Kepergianmu ke daerah keabadian,
Kerana di sana menjagamu lebih dari keduniaan,
Berehat untuk menanti saat kelahiran,
Destinasi yang tidak mengenal rasuah dan habuan.
Ketahuilah,
Setiap titis pena ini adalah doa buatmu,
Bagai ‘wadi’ Zam Zam
Tak akan pernah kering janjiku,
Biar mengalir menjadi air amalmu,
Takkan putus biar ditelan waktu.
SITI AISYAH BINTI MAT SAAD
RANAU, SABAH.
Selasa, 24 November 2009
terima kasih teman..
Terima kasih teman,
Kerana menemani aku,
Dalam gelita dan malap,
Kerana katamu aku takut pada gelap.
Terima kaish teman,
Kerana menghadiahkan aku harapan,
Untuk hidup 10 tahun lagi,
Bersama senyum dan tawa riangmu.
Terima kasih kerana sebuah persahabatan,
Yang tidak dapat aku mengertikan,
Tidak boleh aku tafsirkan,
Biarlah dia yang menjadi penentu.
Hakikatnya,
Kita merancang dan mengharap,
Biarlah segalanya halus seperti yang digarap,
Kerana doa mampu mengubah takdir,
Kerana keikhlasan mampu memukau waktu,
Agar kau tabah bersamaku,
Akan terus berada dihadapanku….
Siti Aisyah Binti Mat Saad
Ranau, Sabah.
Kerana menemani aku,
Dalam gelita dan malap,
Kerana katamu aku takut pada gelap.
Terima kaish teman,
Kerana menghadiahkan aku harapan,
Untuk hidup 10 tahun lagi,
Bersama senyum dan tawa riangmu.
Terima kasih kerana sebuah persahabatan,
Yang tidak dapat aku mengertikan,
Tidak boleh aku tafsirkan,
Biarlah dia yang menjadi penentu.
Hakikatnya,
Kita merancang dan mengharap,
Biarlah segalanya halus seperti yang digarap,
Kerana doa mampu mengubah takdir,
Kerana keikhlasan mampu memukau waktu,
Agar kau tabah bersamaku,
Akan terus berada dihadapanku….
Siti Aisyah Binti Mat Saad
Ranau, Sabah.
Langgan:
Catatan (Atom)
