Ahad, 5 Disember 2010

Jumaat, 29 Oktober 2010

Majlis Penyampaian Hadiah SEDCO BAHASA II


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEDCO BAHASA II DIJADUALKAN SEMULA PADA 7 NOVEMBER, 8 MALAM, BERTEMPAT DI HOTEL HYATT KOTA KINABALU.

PARA PEMENANG HARAP MAKLUM, AHLI BAHASA DIJEMPUT HADIR.

http://bahasakinabalu.blogspot.com/

Selasa, 21 September 2010

keputusan hadiah cerpen sedco 2010

Keputusan hadiah cerpen SEDCO-BAHASA II
SUKACITA diumumkan bahawa daripada 103 buah cerpen yang dinilai hasil karya 78 orang penulis dari seluruh negeri Sabah, panel telah memilih 15 buah karya cerpen sebagai layak untuk dinilai di peringkat akhir. Kemudian setelah diteliti, dinilai semula dan dipertimbangkan daripada pelbagai aspek, panel akhirnya memperakukan bahawa 3 buah karya cerpen sebagai layak memenangi hadiah Utama seperti berikut:

1. Emas Hitam karya Ruhaini Matdarin (Kota Kinabalu)
2. Nasi Lemak karya Rubiah Nordin (Kota Kinabalu)
3. Rusap karya Siti Rahmah G. Ibrahim (Kota Kinabalu)

Sementara 10 buah cerpen lagi berjaya memenangi hadiah saguhati seperti berikut:

1. Bukan Mimpi karya Dayangku Mastura Pg. Ismail (Papar)
2. Semanis Madu karya Badariah Arbin (Sandakan)
3. Simpang Niaga karya Faridah Abdul Hamid (Kota Kinabalu)
4. Metmorfosis karya Mad Sakiran Sulaiman (Semporna)
5. Sehelai Daun Sirih karya Martinah Obod (Kota Kinabalu)
6. Rogi-Rogian karya Marlaya Baluk (Pitas Kudat)
7. Tasik Bendang karya Khair Hudsufi @ Ehsan Nawawi
8. Apabila Rembulan Berjaga karya Siti Aisyah Mat Saad (Ranau)
9. Pesta karya Norlie (Pitas, Kudat)
10. Bukan sekadar impian karya Katherina Tati (Kota Kinabalu)

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang. Insy-Allah majlis penyampaiannya akan disempurnakan di hotel Hyatt kota Kinabalu pada satu tarikh yang akan ditetapkan sama ada pada bulan oktober atau bulan November 2010 ini. Saya akan memaklumkannya dari semasa ke semasa

Kepada semua pemenang, mohon ambil perhatian, semoga dapat meluangkan masa menghadiri majlis penyampaian hadiah yang dijangka diadakan dalam tempoh yang terdekat ini.

Sekali lagi tahniah kepada para pemenang. Semua karya yang berjaya memenangi hadiah akan dibukukan dan akan dilancarkan bersempena majlis penyampaian hadiah itu. Tahniah!

Jasni Matlani
Ramli Jusoh

http://bahasakinabalu.blogspot.com/2010/09/keputusan-hadiah-cerpen-sedco-bahasa-ii.html

Jumaat, 16 April 2010

KARNIVAL SAMBUTAN 40 TAHUN BAHASA






Terima kasih di atas jemputan dari YDP BAHASA sabah..abang JASNI MATLANI..semoga segalanya akan membuahkan hasil di dunia dan akhirat. kepada sahabat-sahabat yang sama-sama hadir dalam program ini, jangan lupa untuk datang ke Ranau JUN nanti bagi penutupan karnival bahasa,..semoga ukhwah yang terbina diredhai Allah..amin :)

Sabtu, 27 Mac 2010

Wahai diri..(jendela sabah ogos 2009)



Wahai diri,
Senja kian nampak kini,
Terpaku bersama bayang-banyang gelap,
Terpukau dengan cahaya yang malap,

Wahai diri,
Bangunlah dari lenamu,
Lupakan fikiran bercelaru,
Biarkan kegelapan bersuluh cahaya,
Bernaungkan sinar yang biru-unggu,

Wahai diri,
Yakinlah dengan nyawamu,
Dengan jasad yang sentiasa menemani,
Agar langkah tidak sumbang,
Senyuman mula bertandang,
Kejayaan datang, tanpa segan silu,

Wahai diri,
Sesungguhnya kau belum terlambat,
Melangkahlah dengan cepat,
Jangan biar dirimu lewat,
Mengejar apa yang cuba kau dapat,
Permata utama atau gunung emas berlipat-lipat,

Wahai diri,
Biarlah senyum yang kau berikan,
Tetap mekar hingga hari ini,
Menjadi semangat dan kekuatan,
Menyemai benih bkeberanian,
Pembela masa hadapan.

Khamis, 4 Mac 2010

Sebungkus rindu buat teja.(wadah dec 2009)




Ombak dan pantai ini menjadi saksi cinta kita,
Ketika kau meninggalkan dasarnya yang kontang,
membiarkan ketam dan siput melata pada dinding takdir,
Batu karang yang tega terhakis dan dimungkir.

Masihkah ingat lagi,
Ketika kau lafazkan irama merdu bergula,
Pasir yang putih sebagai warkah perjanjian setia,
Dan jemarimu menjadi pena yang bersuara.

Ombak yang datang membawa janji-janji kita,
Termetrai di dasar Laut Selat Melaka,
dan batu-batu kecil sebagai hakim,
karang yang kau lukai sebagai peguam bela,

sesungguhnya rindu ini sebungkus rasa kecewa,
Kerana dalam kerelaan berbunga rasa terpaksa,
takdir yang mempermainkan masa dan cinta,
terkubur cinta di kapal lama.

SITI AISYAH BINTI MAT SAAD
RANAU, SABAH.

Angin rindu..(jendela sabah Dec 09) terima kasih kepada insan dan Allah yang beriku ilham untuk puisi ini.



Duhai angin..
Resahku timbul dicelah-celah bebatu,
Hati perit bagai ditoreh dengan duri semalu,
terhempas ke kaki lima waktu,
Longlai dan duduk termanggu,

Duhai angin,
Mengapa aku rindu,
Setelah sudah rindukan tuhanku,
rindukan pula ayah dan ibu,
Aku masih lagi rindu.

Janjiku padamu angin,
Biar berlalu malam yang dunggu,
Biar berkecai menara dan tugu,
Biar terbakar potret di kalbu,
Rindu akan bermukim dan berkubu.

Duhai angin,
Ketika kudratnya mengubah haluan akhir,
Aku tidak pernah salahkan doa-doa yang dimungkir,
Kerana Segala tertera di lorong takdir,
Angin dan rindu tidak mungkin bersama hadir.

SITI AISYAH BINTI MAT SAAD. RANAU, SABAH.