Sabtu, 27 Mac 2010

Wahai diri..(jendela sabah ogos 2009)



Wahai diri,
Senja kian nampak kini,
Terpaku bersama bayang-banyang gelap,
Terpukau dengan cahaya yang malap,

Wahai diri,
Bangunlah dari lenamu,
Lupakan fikiran bercelaru,
Biarkan kegelapan bersuluh cahaya,
Bernaungkan sinar yang biru-unggu,

Wahai diri,
Yakinlah dengan nyawamu,
Dengan jasad yang sentiasa menemani,
Agar langkah tidak sumbang,
Senyuman mula bertandang,
Kejayaan datang, tanpa segan silu,

Wahai diri,
Sesungguhnya kau belum terlambat,
Melangkahlah dengan cepat,
Jangan biar dirimu lewat,
Mengejar apa yang cuba kau dapat,
Permata utama atau gunung emas berlipat-lipat,

Wahai diri,
Biarlah senyum yang kau berikan,
Tetap mekar hingga hari ini,
Menjadi semangat dan kekuatan,
Menyemai benih bkeberanian,
Pembela masa hadapan.

Khamis, 4 Mac 2010

Sebungkus rindu buat teja.(wadah dec 2009)




Ombak dan pantai ini menjadi saksi cinta kita,
Ketika kau meninggalkan dasarnya yang kontang,
membiarkan ketam dan siput melata pada dinding takdir,
Batu karang yang tega terhakis dan dimungkir.

Masihkah ingat lagi,
Ketika kau lafazkan irama merdu bergula,
Pasir yang putih sebagai warkah perjanjian setia,
Dan jemarimu menjadi pena yang bersuara.

Ombak yang datang membawa janji-janji kita,
Termetrai di dasar Laut Selat Melaka,
dan batu-batu kecil sebagai hakim,
karang yang kau lukai sebagai peguam bela,

sesungguhnya rindu ini sebungkus rasa kecewa,
Kerana dalam kerelaan berbunga rasa terpaksa,
takdir yang mempermainkan masa dan cinta,
terkubur cinta di kapal lama.

SITI AISYAH BINTI MAT SAAD
RANAU, SABAH.

Angin rindu..(jendela sabah Dec 09) terima kasih kepada insan dan Allah yang beriku ilham untuk puisi ini.



Duhai angin..
Resahku timbul dicelah-celah bebatu,
Hati perit bagai ditoreh dengan duri semalu,
terhempas ke kaki lima waktu,
Longlai dan duduk termanggu,

Duhai angin,
Mengapa aku rindu,
Setelah sudah rindukan tuhanku,
rindukan pula ayah dan ibu,
Aku masih lagi rindu.

Janjiku padamu angin,
Biar berlalu malam yang dunggu,
Biar berkecai menara dan tugu,
Biar terbakar potret di kalbu,
Rindu akan bermukim dan berkubu.

Duhai angin,
Ketika kudratnya mengubah haluan akhir,
Aku tidak pernah salahkan doa-doa yang dimungkir,
Kerana Segala tertera di lorong takdir,
Angin dan rindu tidak mungkin bersama hadir.

SITI AISYAH BINTI MAT SAAD. RANAU, SABAH.