Isnin, 21 April 2014


BAHASA DAN SASTERA SABAH


BAHASA DAN SASTERA SABAH


BIODATA SITI AISYAH MAT SAAD

Siti Aisyah binti Mat Saad di lahirkan pada 30. Mac. 1983 di Daerah Ranau, Sabah. Mendapat pendidikan awal di Srk St. Benedict Ranau, Sekolah Rendah Ugama Islam Pekan Ranau, Smk (A) Ranau, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dan Pengajian Islam di Universiti Malaya Kuala Lumpur pada tahun 2003. Beliau bertugas sebagai Guru Bahasa dan kini berada di bawah Unit Latihan, Bahagian Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur kerana sedang bercuti belajar Hadiah Latihan Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia selama dua tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sarjana Pendidikan.
Beliau mula terlibat dalam penulisan setelah bergiat aktif dalam deklamasi puisi kemerdekaan dan jemputan deklamasi bagi acara-acara sastera sejak di bangku sekolah dan peringkat Universiti melalui mewakili Universiti ke Sayembara Deklamasi Puisi kemerdekaan DBP, Sayembara deklamasi puisi Universiti Malaya, Temu sastera IPT. Dan Sayembara Puisi Kemerdekaan Negeri Sabah. Seterusnya beliau aktif menulis puisi, skrip sketsa, dan cerpen.
Beliau dan kumpulannya pernah mewakili Pantai Barat Sabah (PBU) dan Smk (a) Ranau dalam acara Sketsa Kerjaya peringkat Negeri Sabah pada tahun 2002. Beliau mendapat anugerah pelakon wanita terbaik daerah Ranau dan mendapat tempat ke tiga di peringkat negeri pada ketika itu.
Anugerah yang pernah diperoleh beliau sepanjang kegiatan sastera ialah Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, Warkah penghargaan Kerajaan Negeri Sabah dalam bidang Sastera, Bahasa dan Budaya (2003), Hadiah SEDCO Bahasa 2010, Hadiah Puisi Universiti Malaysia Sabah, dan Hadiah Cerpen dan Puisi Datuk Masidi Manjun 2010.
Kini beliau semakin aktif dalam penulisan dan persatuan Badan Bahasa dan Sastera Sabah melalui aktiviti-aktiviti sastera dan penerbitan individu di samping penerbitan buku bersama. Buku Kumpulan cerpen pertama beliau iaitu “ Seekor Pipit, Sekuntum Mawar”, baru sahaja dilancarkan pada 03 April 2014, sempena pelancaran bulan Penulis Negeri Sabah 2014 dengan kerjasama Penerbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Harapan beliau, untuk melatih generasi muda dan berkongsi pengalaman serta ilmu yang diperoleh beliau dalam sastera serta pendidikan. Beliau berpendapat bahawa ilmu yang dipinjamkan oleh Allah swt ini perlu di dedahkan kepada semua lapis generasi bagi menjadi benteng dan penerus ilmu sastera sepanjang zaman.