
Ombak dan pantai ini menjadi saksi cinta kita,
Ketika kau meninggalkan dasarnya yang kontang,
membiarkan ketam dan siput melata pada dinding takdir,
Batu karang yang tega terhakis dan dimungkir.
Masihkah ingat lagi,
Ketika kau lafazkan irama merdu bergula,
Pasir yang putih sebagai warkah perjanjian setia,
Dan jemarimu menjadi pena yang bersuara.
Ombak yang datang membawa janji-janji kita,
Termetrai di dasar Laut Selat Melaka,
dan batu-batu kecil sebagai hakim,
karang yang kau lukai sebagai peguam bela,
sesungguhnya rindu ini sebungkus rasa kecewa,
Kerana dalam kerelaan berbunga rasa terpaksa,
takdir yang mempermainkan masa dan cinta,
terkubur cinta di kapal lama.
SITI AISYAH BINTI MAT SAAD
RANAU, SABAH.
2 ulasan:
Salam. Indah!
hehe..terima kasih cikgu. atas ziarahnya :)
Catat Ulasan